Resepi Udang Goreng Butter


Udang Goreng Butter


Bahan A:
  • 600 gm udang besar
  • 1 camt. gula
  • 1 camt. garam
  • 1/2 camt. lada hitam
  • 1 camt. minyak bijan

Bahan B:
  • 3 camb. tepung jagung
  • 1 camb. serbuk kari ikan

Bahan C:
  • 3 biji telur kuning
  • 1 camb. susu cair
  • 1/2 camt. garam
  • 1/4 camt. serbuk lada hitam
  • 2 camb. butter
  • 1 camb. bawang putih- dicincang
  • 2 camb. cili padi – dicincang
  • 1 camb. daun kari-dicincang
  • 2 camb. butter

Bahan perisa: 
  • 1 camb. sos tiram
  • 1/2 camb. gula
  • 1/4 camb. serbuk lada hitam

Cara-caranya

1. Bersihkan udang, buangkan kaki dan keringkan air dengan gunakan kitchen towel.Perap udang dengan bahan A selama 20 minit.

2. Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperapkan tadi. Gaul rata. Goreng terendam udang tadi secukup masak dan tuskan minyak.

3. Panaskan kuali, masukkan butter. Campurkan bahan C dan pukul rata. Masukkan bahan C ke dalam kuali tadi. Kacau campuran bahan C tadi dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup.Angkat dari kuali.

4. Panaskan kuali dengan 2 camb. butter. Gorengkan bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan
bahan perisa. Gaul rata. Akhir sekali masukkan telur goreng tadi .  
Gaul rata dan terus hidangkan semasa panas.

Penerangan lanjut:

(1) Udang sedap yang kulit nipis.
(2) Untuk dapat serbuk telur berurat macam kat restoran tu , masa goreng sentiasa pukul dengan pemukul telur laju-laju. Kalau tak telur tu berketul-ketul. Tak nampak sedap nanti.
.
Artikel asal: http://bit.ly/1S5gAum

Comments