Baik, kita mulakan petang ini dengan resipi ayam percik senang bukan main. Ya, laki kau kan jenis suka makan ayam ini apabila datangnya ramadan bulan yang mulia. Kan?
Oleh kerana biasanya ayam percik ini dijual oleh adik-adik cun, eloklah kau buat sahaja sendiri. Bulan ini doa makbul, buatnya laki kau terdoa tentang penjual ayam percik itu? Tak memasal kau dapat lokasi berhari raya yang baru, kau nak?
Dah. Mari memasak.
Ayam Percik Mentakabur.
Bahan-bahan Perap Ayam:
- 1 ekor ayam,
- 5 ulas bawang merah India,
- 2 inci kunyit hidup,
- 1/2 inci halia,
- 2 biji bawang besar India,
- 1 sudu besar gula,
- 1 sudu kecil garam,
- 1/2 cawan minyak masak.
Bahan-bahan kuah santan percik.
- 2 kotak kecil santan pekat,
- 2 batang serai,
- 2 inci kunyit hidup,
- 2 keping asam keping,
- 1 sudu besar gula,
- 1 sudu kecil garam,
Cara-caranya mari kita tengok gambar ramai-ramai ya.
oleh: Khairul Hakimin Muhammad
Ini bawang merah India, bawang besar India, kunyit hidup dan halia.
Letak dalam pengisar bersama minyak masak ya. Kisar sampai halus.
Sekali terlupa nak letak garam dan gula. Kahkah. Kisar semula sampai sebati ya.
Tuang dalam besen paling lawa kau ada, gaul sebati.
Gaul dengan tangan je woih. Barulah dapat rasa air tangan kau hahaha
Panaskan oven dulu dalam 20 minit kemudian ssusun ya. Masak dalam 20 minit dulu.
Air lebihan perapan tadi kau campur dengan semua bahan untuk buat kuah santan, kemudian kau kisar semuanya bersama sampi sebati.
Gunakan kuali tanpa pemegang mak kau. Hahaha
Panaskan kuali dan terus tuang bahan kisar tadi
Masukkan asam keping
Sudah menggelegak, masukkan gula dan garam
Kemudian, keluarkan sekejap ayam, tuangkan sikit atas ayam santan tadi. Masak lagi dalam 20 minit
Siap! Sedia untuk dihidang! Lebihan kuah santan itu kau boleh tuang lagi ya.
Amacam? Sedap tak? Haha selamat mencuba!
Comments
Post a Comment