KUAH LODEH TERSEDAP DAN MUDAH!
Fav hari raya ni, tp buat utk berbuka pun best! Share la.. Campak2 je
Bahan-bahannya :
- 12 tangkai kacang panjang - dihiris serong
- 70 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
- 1 1/2 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
- 1 biji sengkuang saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
- 5 keping tempe, dipotong kiub
- 1/2 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
- 2 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
- 800ml santan sawit KHALIS ) 400 ml santan + 800ml air = 1200ml santan cair) 400 ml santan pekat
- Air jika perlu
- 2 cekak soo hoon, kerat pendek
- 4 helai daun limau purut – dibuang urat di tengah daun
- 2 kiub pati ikan bilis
- 1 camca teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan tumis:
- 3 batang serai, dititik
- 1 lengkuas, diketuk
- Sedikit minyak
Bahan tumis, serai dan lengkuas
Bahan-bahan kisar halus :
- 2 biji bawang besar
- 5 biji bawang putih
- 5 - 6 cili padi merah
- 3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
Bahan-bahan sampingan:
- Nasi impit
- Sambal tumis ikan bilis
- Telur rebus - Kak Noor tak letak
Cara membuatnya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
2. Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu, dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
3. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus.

Comments
Post a Comment