Resepi Rendang Ayam Suka Hati Menantu Power


Jika kau nak merendang ayam atau daging, kau dah boleh mula sekarang. Tak adalah dekat nak berbuka nanti kau terlepas nak berdoa masa makbul.
Rendang ayam ini kau boleh pelbagaikan ikut suka kau, tak perlu kau takut-takut nak masak sampai ke tahap kau terus berhenti. Relaks dan kool okeh.
Biasanya siapa yang bijak masak rendang, dikira menantu power dan paling diingati semasa nak raya. Kahkahkah. Jadi elok kau praktis mulai hari ini. Senang sahaja okeh.
Rendang Ayam Suka Hati.
Bahan-bahannya ialah:
  • 1 ekor ayam dipotong kecil. 
  • 1/2kg santan,
  • 3 biji bawang besar India,**
  • 5 ulas bawang merah India,**
  • 1 inci lengkuas,**
  • 2 inci halia,**
  • 3 inci kunyit hidup,**
  • 3 batang serai,
  • 2 sudu besar kerisik,
  • 5 sudu besar cili kering kisar,
  • 1 genggam cili padi,**
  • 1 buku kecil gula melaka,
  • 3 keping asam keping,
  • Garam,
  • 1/2 cawan minyak masak,**

Cara-caranya kau tengok di dalam gambar ya.


Kisar semua bahan bertanda ** sampai halus. Termasuk minyak masak ya.


Kahkah terlupa cili padi. Kisar semula.


Sampai halus begini.


Kemudian kau panaskan kuali, letak sedikit minyak. Dan ambillah gambar.


Masukkan bahan kisar tadi sampai dia pecah minyak.


Kemudian, kau masukkan cili kisar pula. Kacau rata.


Dah pecah minyak, kau masukkan ayam.


Gaul rata, tak payah tambah air, kerana ayam ini nanti akan keluarkan air dia


Setelah itu kau campak serai sampai tercacak macam itu. Kahkahkah.


Tadaa, air ayam sudah mula keluar. Kacau lagi sampai lenguh.


Nampak ayam semakin masak, kau masukkan santan dengan gembira.


Kemudian, masukkan daun kunyit.


Aku tak faham kenapa warna background dia jadi kuning. Kau masukkan gula melaka. Kacau rata ya


Kacau lagi sampai pecah minyak.


Dah mula berminyak, kau masukkan kerisik


Masukkan asam keping.


Kacau lagi sampai agak kering. Kalau kau suka yang berkuah, kau boleh letak garam dah. Kacau lagi sampai betul-betul pekat dan likat ya.


Tutup api dan siap! Senang kan? Selamat mencuba!

Comments