Semalam cuba-cuba buat sambal putik pauh. Makanan ini agak terkenal di Kelantan. Semasa saya dan isteri bertugas di sana sekitar tahun 2007 dulu, memang ya sedap ya ampun. Dah balik pindah Bangi, susah dah nak jumpa.
Apabila tengok ada pauh epal lawa bukan main bergantung di kedai runcit, terus terfikir nak buat. Namun macam biasa, ikut cara sendiri, kahkah. Jadi ini bukan resipi ori okeh.
Sambal Putik Pauh.
Bahan-bahannya ialah:
- 3 ekor ikan kembung (saiz kecil),
- 4 biji mangga muda / pauh epal,
- 1 genggam cili padi,
- Sedikit udang kering (dalam 1 sudu besar),
- Sedikit gula (dalam 1/2 sudu besar),
- 5 sudu besar santan pekat,
- Garam,
Cara-caranya kau tengok dalam gambarnya ya.
oleh: Khairul Hakimin Muhammad
Kemudian letak buah mangga / pauh epal dalam besen ungu. Basuh bersih, buang kulit dan ambillah gambar.
Saya sagat sahaja pauh ini. Tak kuasa nak potong halus. Nak lagi power, kau beli sagat yang berjenama, barulah terasa bersemangat guna. Kahkah
Sudah masak ikannya, toskan airnya.
Kemudian buang semua tulang. Kalau rajin, kisar semua tulang ini dengan air rebusan tadi, kemudian kau tapis. Nasi lebih masa sahur tadi, kau gaul dengan semua tulang yang dah tapis tadi, kasi kucing makan. Bukan main mereka berselera.
Masukkan ikan dalam bekas pauh tadi.
Guna garfu gaul rata. Nak guna senduk pun ikut kau lah.
Ambil cili padi, basuh bersih letak dalam lesung batu. Tumbuk.
Dah lumat, masukkan udang kering. Tumbuk lagi.
Santan tadi, kau panaskan sekejap dalam periuk kecil. Sampai dia berbuih.
Masukkan garam dan gula dalam lesung, tumbuk lagi sampai lumat dan serasi.
Macam ini.
Masukkan dalam besen.
Comments
Post a Comment