Resepi Nasi Goreng Ikan Masin


NASI GORENG IKAN MASIN
Bila ada nasi sejuk yang banyak menu sarapan pun boleh agak....hehehe.... Pepagi dapur dah berbau ikan masin goreng....
  • Semangkuk nasi sejuk
  • Telur
  • Isi ikan masin kurau dipotong kecil
  • 2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih ketuk
  • Cili padi ikut citarasa
  • 3 sb sos tiram
  • Sayur Kailan 
  • Kalau nak letak kobis pun boleh
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Bahan-Bahan

  1. Masukkan telur, goreng dan hancurkan telur terrsebut. 
  2. Kemudian tumis bawang2 hingga naik bau dan keperangan. 
  3. Masukkan nasi. 
  4. Masukkan ikan masin dan cili padi hiris dan tumiskan seketika. 
  5. Masukkan sos tiram. 
  6. Kacau sebati. 
  7. Gaul rata dan goreng selama 5 minit. 
  8. Akhirnya masukkan sayuran dan goreng hingga sayur layu.

Comments