RESEPI YEE MEE SIZZLING


RESEPI YEE MEE SIZZLING
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
  • 3 gulung yee mee
  • 5 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1/2 inci halia - dicincang halus
  • Ayam - dipotong kecil
  • 6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
  • 4 biji cili kering - dipotong-potong
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 2 sudu makan tepung jagung + secawan air
  • Minyak untuk menumis
  • 4 cawan air

Cara-caranya:
  • Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
  • Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
  • Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
  • Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
  • Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
  • Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
  • Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
  • Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee...Selamat mencuba...nyum2..

Kredit Resepi: Nor Azlindawati Baharudin

Comments