Resepi Sayur Lemak Keledek Daun Kayu

Sayur Lemak Keledek Daun Kayu

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Sayur Lemak Keledek Daun Kayu?

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 biji ubi keledek oren (Dipotong kecil) 
  • 2 ekor ikan kembung 
  • 5 tangkai kangkung 
  • 3 tangkai pucuk ubi 
  • 10 tangkai pucuk paku merah 
  • 10 tangkai daun pucuk manis 
  • 5 tangkai daun kaduk 
  • 5 tangkai daun kesum 
  • 3 ulas bawang merah (Dihiris) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 cawan air 
  • 2 cawan santan pekat 
  • 2 biji cili merah (Dihiris) 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan kembung dan sapukan garam. Bakar sehingga masak. 
  2. Ambil isi ikan kembung dan ketepikan. 
  3. Potong kecil kangkung, pucuk ubi, pucuk paku merah, daun pucuk manis, daun kaduk, dan daun kesum diambil daunnya sahaja. Basuhkan dan tus sehingga kering. 
  4. Masukkan ubi keledek, isi ikan kembung, bawang merah, serbuk kunyit, air, dan garam ke dalam periuk dan masakkan sehingga ubi keledek empuk. 
  5. Masukkan semua sayur, cili merah, dan santan pekat. Kacau sehingga mendidih. Kacau kuah sentiasa supaya tidak pecah minyak. 
  6. Sedia dihidangkan
http://myresipi.com/recipes/sayur-lemak-keledek-daun-kayu

Comments