Aku tak dan nak snap satu satu gambar. Cuma sempat rakam video macam keknis tu. Nanti aku upload ya. Dekat facebook atau youtube. Aku tempek sekali dekat blog ya.
Ok jom tengok resepi.
Bahan bahan :-
- Ayam ( aku buat bahagian wing, baru nampak korea. nak bahagian drumstik pon boleh, nak buat pop corn pon boleh)
- Tepung segera pak long ( Aku cari tepung bestari dekat tesco tak de, rembat je la pak long sebab malas nak buat sendiri tepung, kalau nak buat sendiri pakai tepung jagung, tepung beras dan soda bikarbonat sedikit)
- Bawang putih 4 ulas
- Cili kering / cili giling
- Sos cili 4 sudu
- Cuka bajet sendiri
- Madu bajet sendiri
- Garam
- Gula
- Bijan (sanggai atau goreng tanpa minyak)
Cara cara :-
1. Bersihkan ayam, pecah kan telur, celup ayam dalam telur dan gaul dengan tepung segera pak long.
2. Goreng guna cara deep frying. Minyak banyak dan panas.
3. Angkat ayam dan ketepikan
Bahan sos :-
1. Kisar cili kering dan bawang putih
2. Minyak sedikit dan tumis sehingga garing.
3. Masukkan sos cili, cuka, madu, gula dan garam.
4. Kacau sebati dan masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
5. Kacau sehingga rata sos dengan ayam.
6. Angkat dan tabur bijan yang telah disanggai.
7. Dan siap untuk dimakan bersama nasi atau makan begitu sahaja.
Aku buat ni pakai cili kering super hot sampai makan pon menagis weh. Kawan aku kata spicy dekat kyochon shop pon tak pedas macam ni. Kalau yang memang suka pedas memang suka la macam ni. Kalau tak tak tahan pedas memang menagis la nak makan. Aku pakai cili jenis ni. Beli dekat Tesco, Kalau korang tak makan pedas please jangan beli yang ni. Serius pedas aku tak tipu.
Kalau suka pedas aku sarankan beli yang ni. Pakai 10 cili je pun dah pedas sampai ke otak. Okay itu sahaja perkongsian resepi yang jarang sekali aku kongsi ni. Bukan tak masak tapi takkan resepi tomyam resepi telur goreng pun nak kongsi kan. Sebab student ni bukan hari hari makan sedap. Jarang jarang sekali je boleh masak best best.
sumber:
http://www.aswaleyla.com
Comments
Post a Comment