Resepi Gulai Ikan Ayo Mek Kelate

Nanti jangan lupa makan dengan acar mentah juga

Resepi Gulai Ikan Ayo Mek Kelate
Kawan-kawan cikgu sangat teruja dapat makan gulai ikan ayo ni dengan nasi dagang Kelate. Ada yang pesan awal-awal nak tapau walaupun tinggal kuah je. Hii
Yang paling seronok tengok kawan bangsa lain ulang makan bertambah. Mungkin mereka lepas rindu sebab dah lama jugak cikgu Afy tak buka untuk jualan. Aha
Jom cikgu kongsi rahsia gulai yang licin sampai ke kuah. Aha.
Boleh bantu cikgu panjangkan lagi resepi dengan tekan butang like/komen/kongsi ye. Terima kasih🌹
#resepicikguafy

Kredit: 
Afy AL Habibi
*Untuk 6 ekor ikan ayo putih saiz sederhana*

Bahan kisar:
- Bawang merah saiz seperti dalam gambar tu gunakan 20 biji sahaja
- 6 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 sudu besar jintan putih
- 1/2 sudu besar biji ketumbar
- 1 hiris nipis halia
- 2 inci lengkuas

Bahan dikisar dengan sedikit air sehingga lumat

Panaskan minyak secukupnya.

Masukkan semua bahan kisar tadi. Tumis sehingga bahan naik bau. 

Kacau sekali sekala dalam api sederhana untuk elakkan bahan tumis hangit.

* masukkan juga 3 inci lagi lengkuas yang telah ditumbuk untuk ditumis sekali.

Seterusnya masukkan pula 4 senduk cili kisar.

Tumis lagi sehingga pecah minyak.

Masukkan pula 5 sudu besar rempah kari.
( Afy guna yang bertimbang- jadi dalam rempah tu dah dicampur sedikit rempah kerutuk dan serbuk lada)

Kacau lagi sehingga rempah naik bau

Kemudian, masukkan pula 1/2 sudip serbuk kunyit. 

Kacau lagi sehingga pes sebati.

Gunakan api perlahan sahaja supaya pes masak dengan sempurna dan mengelakkan gulai cepat basi.

Seterusnya masukkan 2 liter santan segar. 

*Afy kisar sendiri sebiji kelapa parut dengan air sehingga cukup menjadi 2 liter.

Masukkan juga 3 kotak santan M&S (600 ml)

Penggunaan santan kotak ini membantu gulai menjadi pekat cantik.

Masukkan juga air ikan rebus lebih kurang 3 cawan.

Masukkan perasanya:
- 10 sudu besar gula Melaka
- 4 sudu besar gula putih
- 7 sudu besar garam halus
- 1 sudu besar perencah Hilal

Segala kuantiti terpulang kepada citarasa masing-masing dan kepekatan kuah yang terhasil.

Sedia untuk dimasukkan kepingan ikan yang sudah direbus satu persatu.

* Resepi penuh merebus ikan yang sedap cikgu Afy dah kongsi ye.

Reneh perlahan gulai tadi selama 40 minit. Kacau sesekali. Gunakan sudip kayu untuk mengekalkan bentuk kepingan ikan.

*Sekiranya gulai dibuat pada malam hari, jangan masukkan lagi kepala ikan untuk mengelakkan kepala ikan cepat hancur.

Disebabkan cikgu buat gulai ni dari malam, didihkan semula pada keesokan pagi. 

Barulah masukkan kepala ikan. Renehkan lagi sehingga kuah mendidih.

Akhirnya sebelum ditutup api, masukkan 3 genggam cili padi merah dan hijau untuk warna yang cantik dan menambahkan rasa yang sedap.

Siap gulai ikan nasi dagang yang memikat hati kawan-kawan sekerja cikgu.

Asingkan terus kepala ikan dalam bekas lain untuk mengelakkan ianya hancur.

Selamat mencuba.

Comments