Resepi Ikan Percik Merah Kelantan


Ikan Percik Merah Kelantan.
Mohon kawan yang baik hati sudi taip 'LOVE' di ruang komen sebelum ditekan butang kongsi.
Sebagai tanda sokongan dan sama-sama memanjangkan lagi resepi ini.
Afy,
seronok balik kampung. Bagi mak rehat pegang senduk kuali. Suka tengok mak makan bertambah.
#resepicikguafy
Kredit: 
Afy AL Habibi
Bersama pelengkap hidangan tengahari Jumaat.

- masak lemak putih Etok
- ulam budu tempoyak
- air sirap kasturi

Hilang penat. Tengok semua makan bertambah.

Sampai kepala ikan semua dok meratah. Ahaa

Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)

- 2 batang serai
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)

Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam ( jangan penuh tinggi) dan secubit serbuk perasa.

Kisar hingga lumat.


Lumur rata bahan kisar pada ikan.

Perap selama 20 minit.


Bahan untuk kuah percik

- 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 hiris nipis halia
- Secubit belacan
- 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)

Kisar semua bahan hingga lumat.


Masukkan bahan kisar dalam periuk.


Masukkan 6 senduk santan segera.
( Afy beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa)

Tambahkan 1 senduk air kosong.


Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar
( kisar sendiri)

Afy guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.


Letak periuk atas dapur. Sebelum buka api,
perahkan sehiris limau nipis. Kulit jangan letak sekali tau. Ahaa

Kacau rata.


Buka api sederhana besar.
Masukkan 1/2 sudu besar garam, 2 1/2 sudu besar gula dan secubit perencah Hilal.

* kuantiti rasa terpulang pada citarasa sendiri

Kacau kuah sentiasa supaya tidak berketul-ketul.


Kuah percik menunggu giliran untuk disatukan dengan ikan.


Lepas ikan masak, angkat seketika 'perange' ikan dari atas bara api. Ampun. Afy lupa nama alat untuk letak ikan tu. Guna bahasa Kelantanlah jawabnya. Aha

Lapik pinggan di bawah. Sendukkan kuah percik dan lalukan pada badan ikan.

Pastikan kuah menutupi keseluruhan badan ikan bahagian atas dan bawah.

Letak semula perange atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan bahagian atas dan bawah perange.

Bau kuah percik waktu ni semerbak wangi. Tahan je nak makan nasi bertambah-tambah lepas ni. Iskk.


Seksi di mata,
melekat di jiwa.


Comments