Resepi Kerutuk Itik Kelate Sedap Sengoti


Lawan dengan sambal lada ‘bodo’
Resepi Kerutuk Itik
Hari ni cikgu masak kerutuk itik. Adik ipar cikgu dari bumi kenyalang suka sangat. Makan sampai jilat jari walaupun kali pertama cuba. Siap bekal bawak balik KL lagi tu. Ahaa
Kawan-kawan cikgu patut cuba tau. Tak nak makan dengan nasi, cicah dengan roti pun jadi. Lagi sedap makan dengan pulut kuning. Waa memang punah diet semua orang.
Haa cepat like/ komen siapa suka masakan ni.
#resepicikguafy
Kredit: Afy AL Habibi 
4 sekawan
- kayu manis
-biji pelaga
- bunga lawang
- yang panjang tu cikgu lupa nama😅

Bahan kisar
( untuk seekor itik sederhana besar)

- 14 biji bawang merah saiz besar kecil
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- sehiris nipis halia
- 1/2 inci lengkuas
- 1/2 sudu kecil jintan putih
- 1/2 sudu kecil ketumbar

Tumis 4 sekawan dan sebatang serai yang telah diketuk sehingga wangi.

Masukkan 1/2 sudu besar cili kisar. Tumis sehingga garing dalam api perlahan.

Boleh guna rempah kerutuk cikgu afy atau rempah kerutuk jenama lain.

Ni rupa rempah kerutuk cikgu tadi. Warna cikgu suka. Hitam asli.

Masukkan 7 1/2 sudu besar rempah. Kacau guna api paling kecil sahaja.

Setelah rempah sedikit garing, masukkan 2 cawan air (secubit asam jawa + 2 cawan air)

Biarkan sehingga pes pecah minyak.

Masukkan sekeping ‘nise’ / gula melaka dan sedikit perencah secukup rasa.

Cikgu tak masukkan lagi garam tak nak daging itik liat.


Potongan itik yang telah siap dibersihkan.

Cikgu tak buang kulit sebab suka aroma kulit itik yang telah dilayur api tu.


Masukkan itik.

Masak lebih kurang 1 jam 1/2 untuk daging itik empuk. Guna api perlahan sahaja.

Sesekali balikkan. Masa ni cikgu tambah lagi 3 cawan air kosong.


Setelah daging itik mula empuk, masukkan 1 sudu kecil garam untuk rasa peringkat pertama.

Seterusnya, masukkan 1 1/2cawan kecil santan pekat.

Tambahkan kira-kira 3 cawan air.

Ni pun bahan penting.

Masukkan 1 1/2 sudu besar kerisik.

Masukkan perasa peringkat kedua.
- 2 sudu besar garam halus
- 1 sudu besar perencah secukup rasa
- 1/2 kepingan ‘nise’ / gula melaka
- 4 sudu besar gula


* segala kuantiti terpulang kepada citarasa masing2 atau bergantung kepada sukatan kuah.

Biarkan kuah mendidih perlahan dan cukup rasa sebelum ditutup api.


Kuah yang siap dan pecah minyak pada bahagian lapisan atasnya.

Makin lama, kuah akan mula memekat dan nampak gelap.

Bungkus nasi dalam daun pisang untuk kelainan aroma.

Daging itik empuk, gabung dengan kuah kerutuk pekat. Nak tahu tahap sedapnya, cubalah sendiri.

Betul-betul sedap!

Selamat mencuba.

Comments