Laksam Kelantan.
Nak kuah lemak yang sedap dan cantik hasilnya, sila ikuti langkah yang Afy sediakan.
Semoga bermanfaat untuk ditekan butang kongsi.
Afy,
Makanan unik Cik Siti terus sebati di hati.
#resepicikguafy
Makanan unik Cik Siti terus sebati di hati.
#resepicikguafy
Kredit:
Afy AL Habibi kuah #LaksamKelateCikguAfy 1. 4 ekor ikan selayang/sardin direbus. Bakar atas pan 3 biji bawang merah sebesar bola pingpong, 1 ulas bawang putih dan sehiris nipis halia. 2. Kisar bahan bakar tadi hingga hancur lumat dengan sedikit air. Masukkan dalam periuk yang paling kalian sayang. Belum lagi pasang api gas ye. 3. Kisar pula isi ikan yang dilerai dengan secawan air.( Afy buat dua kali sebab tabung blender kecil) Asingkan tulang ikan dengan cermat okay. 4. Satukan isi ikan kisar dalam periuk bawang tadi. 5. Untuk mendapatkan rasa 'kick', kisar tulang ikan rebus tadi. Gunakan penapis sebelum dituang dalam periuk. 6. Sukat santan sebanyak 3 sudip kayu kesayangan Afy. 7. Tambahkan dengan 1/2 cawan air. Kacau rata. 8. Masukkan 1/2 sudu kecil lada hitam, 1/2 sudu kecil lada sulah, 3/4 sudu besar garam dan 1 1/2 sudu besar gula( garam gula boleh masukkan sikit-sikit, ikut ketetapan rasa masing-masing).Barulah api gas dipasangkan. Gunakan api perlahan sahaja. Mak Afy selalu pesan, nak buat kuah laksa lemak ni kena selalu kacau kuah. Barulah dapat kuah cantik licin. 9. Masukkan sekeping asam. 10. Kacau selang seli 3 minit dalam api perlahan. 11. Keluarkan asam selepas kuah mula mendidih. 12. Masukkan 1/4 sudu kecil kerisik. Kacau sebati dengan kuah. 13. Tutup api selepas kuah sudah mendidih sempurna. Kacau sesekali kuah selepas api ditutup. Siap! |
#SambalCiliKeringPedasManj - 8 tangkai lada kering besar ( direbus dan dibuang biji terlebih dahulu) cili kering ni tak pedas. - 4 tangkai cili padi merah + 2 tangkai cili padi hijau - 1 1/2sudu besar gula - 3/4 sudu besar garam ( atau masukkan sikit-sikit) - 2 sudu besar cuka - 4 sudu besar air masak kosong Kisar semua bahan di atas hingga lumat. |
Comments
Post a Comment