Resepi Lengkap Gulai Kari Daging + Telur & Ikan Keli Rangup Kelate


Gulai Kari Daging + Telur & Ikan Keli Rangup
Teringin nak makan gulai daging macam beli nasi bungkus atas pasar Siti. Warna gulai merah pekat macam ni. Lawan dengan ikan keli rangup. Haa licin habis sampai ke kuah.
Jom makan. Rai cuti sekolah dengan gembiranya. Ahaa
Selamat mencuba semua.
#resepicikguafy
Kredit: Afy AL Habibi 
Anggaran masakan untuk 300 gram daging & 3 biji telur.

Bahan kisar:
- 1 1/2 biji bawang merah bombay
( saiz seperti dalam gambar)
- 1 ulas bawang putih
- 2 hiris serai
* bukan sebatang ye
- 1/2 hiris halia
- 1/3 sudu kecil campuran jintan putih& biji ketumbar

* kisar semua bahan di atas dengan sedikit air

Panaskan minyak secukupnya.

Tumis bahan kisar tadi hingga naik kekuningan dan naik bau.

Kemudian tumis 1 1/2 sudu besar cili kering kisar hingga masak.

Masukkan pula 2 1/2 sudu besar rempah kari.

Diikuti 1/2 sudu besar rempah kerutuk. Gunakan api perlahan sahaja.

* cikgu beli rempah timbang dekat atas pasar Siti. Jenama rempah keluaran tidak dinyatakan. Haa apa-apa pun boleh.

Jelas ye.

Sediakan terus campuran 1 cawan air asam jawa. Tuangkan.
( secubit asam jawa + 1 cawan air)

Tutup periuk dengan tudung. Biarkan hingga pecah minyak.

Perasakan pada peringkat pertama :
- garam bukit
- gula melaka
- gula
- perencah Hilal/ secukup rasa

Masukkan daging yang telah dihiris nipis dan lebar.

Masukkan juga tambahan 1 cawan air lagi untuk daging empuk.

Tutup dengan tudung periuk. Reneh dalam api paling perlahan kira-kira 45 minit / sehingga daging empuk. 
*boleh tambahkan lagi air sekiranya daging lambat empuk.

Kacau sekali-sekala.

Masukkan 2 sudu besar pati santan pekat. Tak perlu banyak, nanti mengganggu warna dan rasa.

Cikgu guna santan kotak M&S.

Tambahkan perasa garam gula peringkat kedua secukup rasa. Masukkan juga 1/2 sudu kecil kerisik.

Biarkan lagi 10 minit dalam api perlahan sebelum ditutup api.

Rebus telur.
Goreng sehingga telur coklat kekuningan.

Biarkan sejuk seketika.

Masukkan telur tadi ke dalam kuah yang telah suam.

Siap!

Kelar halus ikan keli.

Kunyit garamkan secukup rasa. Perap selama setengah jam.

Kemudian lumurkan badan ikan dengan tepung bestari perasa asli.

* tips untuk menghasilkan ikan keli yang rangup dan tak terpercik minyak*


Goreng dalam minyak yang panas.

Angkat setelah ikan keli garing.

Sedia terhidang.
Selamat mencuba


Comments