Resepi Siakap Stim Limau


Siakap Stim Limau.
Antara hidangan diet yang sesuai untuk dicuba. Rasa segar dengan masam limau dan gabungan semua bahan boleh buat ikan licin diratah begitu sahaja.
Haa kawan-kawan suka tak. 
Sedapnya.

Selamat mencuba.
#resepicikguafy
Kredit: Afy AL Habibi
Bahan hiris:
- 1 batang serai
- 1 inci halia
*3 tangkai cili padi hijau & merah
*lada benggala ( tambahan)
*1 tangkai daun ketumbar ( gunakan juga tangkainya)
- 5 helai daun purut

Bahan lain:
* 6 biji tomato ceri
- 5 biji asam boi ( rendam dulu dengan air panas- hilangkan warna putihnya)

Bahan bertanda * disimpan sedikit untuk hiasan tabur.

Satukan semua bahan hiris dalam mangkuk. 

Masukkan sos ikan menutupi bahan.

Masukkan 2 sudu besar bawang putih yang telah digoreng rangup untuk kelainan rasa.

Cikgu goreng guna minyak jagung.

Perah asam limau nipis sebiji.

Untuk diet, 
tambahkan 1/2 sudu besar gula merah. Nak guna gula putih pun terpulang.

dan
1/2 gelas air kosong.

Tak perlu garam sebab sos ikan dah masin. Kacau rata.

Panaskan pengukus sehingga airnya mendidih.

Sediakan ikan siakap. Cara belah terpulang kepada cara masing-masing. 

Letak ikan dalam kertas aluminium foil. 
Tuangkan sos tadi atas badan ikan.

Kemudian tutup ikan dengan kertas aluminium foil untuk elak wap air menitik dari tudung pengukus.

Kukus ikan dalam 10-15 minit.

Setelah ikan masak, cikgu alihkan ikan ke dalam pinggan. 

Kena hati-hati untuk elak ikan hancur.

Taburkan dengan bahan hiasan yang dihiris tadi. Juga sedikit bawang putih goreng untuk menaikkan warna.

Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.

Comments