Resepi Sup Tulang Mak Siti

Resepi Sup Tulang Mak Siti
Ramai tak suka hirup sup?
Cikgu suka lebihkan kuah. Mudah nak makan soto atau dengan bihun sup waktu petang. Haa sedapnya.
Boleh tolong cikgu tekan butang like/komen/share. Terima kasih💛
Semoga bermanfaat.
Selamat mencuba.
#resepicikguafy
Kredit: Afy AL Habibi
Tulang dibersihkan.
Masukkan air menutupi paras tulang. 
Masukkan juga satu sup bunjut.

Renehkan kira-kira 1 jam dengan api perlahan. Tutup periuk.
* kalau nak reneh guna 'rice cooker' pun boleh.
* guna noxxa lagi cepat.

Hiris bahan di atas:
- 1 biji bawang merah ( dihiris 4)
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 labu bawang Holland (dihiris 4)
- 1 biji tomato (belah 4)
- 1 batang serai (diketuk)
- 1 inci halia (diketuk)
- 1/2 inci lengkuas (diketuk)
- 1 tangkai cili padi hijau(diketuk)
- 1 tangkai batang daun sup (rujuk gambar)

Panaskan sedikit minyak. Tumis 4 sekawan. Kemudian tumis pula bawang hingga kekuningan.

Kemudian barulah dimasukkan bahan hirisan lain tadi.

Setelah naik bau, masukkan 3/4 sudu besar rempah sup soto Mak Siti.

Kemudian masukkan juga 1/2 sudu besar lada sulah. 

Kacau rata.
Masukkan pula 3 senduk kuah sup yang sedang direneh tadi.

Selepas satu jam kuah sup telah direneh tadi, tuang bahan tumisan dalam periuk.

Sambung lagi mereneh hingga daging betul-betul empuk.

Rupa kuah sup yang disatukan bahan tumis tadi. Tutup periuk. Kembali mereneh.

Lepas 10 minit, buang serai. Cukup untuk ambil sedikit rasa dan aromanya sahaja.

Selepas daging empuk, barulah masukkan garam dan perencah Hilal secukupnya.

Style sup cikgu Afy suka hirup yang kosong.
Jadi, cikgu tapis kuah dari bahan yang telah ditumis tadi.

*terpulang atas citarasa masing-masing.

Siap untuk kuah sup yang telah ditapis.

Setelah cukup segala rasa, boleh tutup api.

Boleh juga tambah sedikit taugeh dan suhun yang telah digoreng untuk kelainan rasa. 

Hidangkan bersama taburan bawang goreng dan daun sup serta cili padi.

Perah sedikit asam limau. 
Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Comments