Resepi TERESEK Jantung Pisang Kelate


Teresek Jantung Pisang.
Kadang ada jugak masa rujuk album masak sendiri. Senang kerja.
Afy,
antara teresek dan taucu.
Lain rupa dan rasanya.
Dua-dua begitu istimewa.
#resepicikguafy

Kredit: 
Afy AL Habibi 
Sediakan air dalam periuk. Letakkan 2 sudu besar garam dan sedikit gula.

Belah dua jantung pisang. Hiris nipis-nipis. Masukkan dalam periuk tadi. Celur sehingga jantung pisang agak lembut.

Kemudian ditoskan. Perah air dari jantung pisang tersebut setelah mula suam.

- 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
- 1 ulas kecil bawang putih
- Sehiris nipis lengkuas
- Sehiris nipis halia
- 1 tangkai cili padi
- 1 sudu kecil ketumbar

Semua bahan diatas dikisar hingga lumat.

Panaskan minyak secukupya. Tumis semua bahan di atas hingga wangi. Seterusnya masukkan 1 sudu besar lada kisar dan secubit dua serbuk kunyit. Tumis lagi sehingga semuanya sebati.

Masukkan 3 sudu besar rempah kari dan 1 sudu besar rempah darat.

Guna api yang perlahan sahaja.

*kalau takut hangit boleh kacau dengan air sebelum ditumis.

Masukkan air asam jawa.
( secubit ditambah dengan 1 1/2 gelas air)

Tumis sehingga pecah minyak.

Sedia untuk dimasukkan ayam yang dipotong kecil.

* pilih bahagian yang bertulang 4-5 ketul. Masukkan kaki ayam dan pedal sekali.

Masukkan 3 sudu besar kerisik.


Juga masukkan 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1 sudu besar gula Melaka dan sedikit serbuk perasa untuk permulaan rasa pada awalnya.

Renehkan ayam selama 25 minit atau sehingga masak. Tutup kuali dengan penutup periuk.

Selepas ayam masak, masukkan santan pekat sebanyak 1 1/4 sudip. Tambahkan dengan 1/2 gelas air.

Kacau rata.

Masukkan jantung pisang yang telah dicelur.

Juga 1/2 biji bawang Holland yang dihiris bulat dan 1 tangkai cili merah yang dihiris serong.

Kacau rata. Masukkan tambahan garam dan gula untuk menyeimbangkan rasa mengikut citarasa sendiri.

Selepas mendidih dan rasa mula sebati, masukkan 2-3 tangkai cili padi hijau sebelum ditutup api.

Siap sempurna!

Teresek Jantung Pisang

Comments