Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap



Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit) (Dikisar) Belacan Bawang merah (hiris) Ikan bilis Cili kering Asam keping Air asam jawa Gula tebu Budu Minyak masak (kalau boleh lebihan minyak Goreng ikan bilis ) Mula mula panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar. Masukkan belacan. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan ikan bilis. Kacau lagi. Masukkan cili kering dan masukkan asam keping. Dah garing masukkan bawang merah hiris , gula tebu dan akhir sekali budu. Boleh masukkan air asam jawa untuk Menambahkan kemasaman lagi . Ikut suka . Kalau letak budu dah rasa masin, tak Perlu lagi tambah garam. Nota . Budu itu jangan letak banyak banyak. Cukup lah untuk merasakan sedap sedap sambal itu sahaja. Sambal akan ada rasa Manis , masam , masin . Tapi lebih kepada lemak lemak macam tue . Yang buat sedap adalah budu dan gula tebu itu . Video live cara Melea buat sambal ada di FB Amelia Tamby Hussin (https://www.facebook.com/amelia.nazli) - https://www.facebook.com/amelia.nazli...

Comments