Resepi Donat Bomboloni




Bahan-bahan
  • 280 gram tepung gandum
  • 6 gram yis kering
  • 25 gram butter
  • 140 gram susu segar
  • 20 gram gula
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • 1/2 tspn bread improver
  • nutella


Cara-cara Satukan susu segar yang suam dengan yis aktif. Biar kan 5 min atau hingga ia berbuih. -- Dalam mangkuk bersih, satukan tepung, butter, garam, dan juga bread improver. Gaul hingga menjadi kasar. -- Masukkan air yis dan telur kedalam adunan tepung. Uli seketika kemudian perapkan hingga ianya membesar 2 kali ganda. -- Apabila adunan sudah membesar, tumbukkan adunan dan bentukkan bulat-bulat. Perap lagi 15 min. -- Goreng donut menggunakan minyak yang banyak dan pastikan minyak tidak terlalu panas, tidak juga terlalu suam. -- Apabila donut sudah sedikit suam, gaul kan dengan gula. Ambil lidi, tebukkan tengah-tengah donut, dan paipkan dengan nutella atau pun apa sahaja inti yang anda suka. Sedia dihidang. Website : http://seminitresepi.com

Comments