RESEPI MEE KARI

MEE KARI

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus mee
  • 3 peket kecil serbuk kari daging – campur dgn sedikit air.
  • 2 pelepah daun kari
  • Udang sederhana besar
  • 1 kg Kerang – direbus hingga air mendidih aje, tutup api dan perisikan.(kalau rebus lama, rasa manis kerang akan hilang)
  • 1 mangkuk santan

Bahan tumbuk:
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Segenggam udang geragau/ udang kepal

Bahan hiris:
  • Isi ayam
  • Daging
  • Fish ball

Bahan hiasan:
  • Tauhu – goreng dan hiris.
  • 3 pokok sawi
  • Cili merah
  • Daun sup/daun bwg
  • Tauhu khas utk mee kari – optional.
  • Taugeh

Cara memasak:
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga kari betul2 masak.
2. Masukkan daging dan ayam, gaul hingga daging layu. Masukkan santan dan air secukupnya. Biar hingga mendidih. (Kalau lebih suka lemak, boleh tambah santan).
3. Masukkan fish ball dan kerang. Biar mendidih dan daging empuk.
4. Akhir sekali masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak sebentar sahaja utk mengekalkan manis udang.
5. Didihkan air dlm periuk berasingan. Sementara tu cuci mee 3 kali utk buang rasa kapur mee. Toskan. Masukkan dlm besen dan tuang air mendidih tadi. Gaul 2 minit je dan toskan.
6. Celur juga sayur sawi dan taugeh secara berasingan.
7. Hidangkan.
** Jangan masak sayur sekali dlm kuah kari. Nanti kuah cepat basi. Kalau takde sayur dlm kuah tu, kuah boleh bertahan lama.

Comments