Resepi Nasi Ayam Farah Nasuha lebih sedap berbanding Chicken Rice Shop

Actually resepi ni di ajar oleh Chef Hassan Hen. Selalu kita nampak di restoren cina ada ayam dan itik di gantung kan? So Chef Hassan ni sangat murah hati share resepi yang kebanyakkan peniaga susah nak ajar step by step. So, pabila saya yang asalnya darah melayu cuba resepi yg diberikan beliau, tidaklah serumit yang kita sangka.
Alhàmdulillah sangat2 menepati citarasa saya dan family. Komen yang paling menggembirakan hati saya bila diorang kata lebih sedap dari restoren Chicken Rice Shop.
Resepi Chicken Golden Crispy
( Resepi dari Chef Hassan Hen)
Bahan - bahan
- 1 ekor ayam ( anggaran berat 1.2-1.5 kg)
- 5 mixes herbs ( boleh dapat kan di tesco atau mana2 pasaraya)
- maltose
- cuka makan
- garam
- perasa
Cara - cara (sila refer gambar untuk mudah faham)
1) Ayam dibersihkan sebersih2nya. Ketepikan.
2) Dalam kuali, panaskan air ( 2 cawan setengah lebih kurang) sehingga mendidih.
3) Masukkan 2 sudu besar maltose dan 8 sudu besar cuka.
4) Kacau sehingga maltose larut.
5) Cucuk ayam di bahagian leher untuk menggantung ayam menggunakan cangkuk bentuk S ( boleh beli di DIY atau kedai hardware)
6) Mandikan ayam yang telah dibersihkan dengan air rebusan. Mandikan!! Bukan benamkan ayam tau 😂
Mandikan sehingga kulit​ ayam kelihatan tegang. Lebih kurang dalam 5-8 minit. Hati- hati kerana proses ini memerlukan kudrat yang kuat dan hati-hati dgn air yang panas. 😌😌😌
7) Setelah dimandikan dengan air maltose dan cuka, jemur ayam di bawah matahari lebih kurang dalam 15-20 minit.
8) Di piring kecil, campurkan beberapa sudu rempah 5 mix herbs + garam + perasa.
9) Lumurkan di bahagian DALAM ayam yang telah dijemur sebentar. Lumur rata, jangan terlalu banyak.
10) Jemur kembali ayam di tengah panas anggaran masa dalam 2 jam, bila kita sentuh ayam tak basah dan warna seakan coklat cair
GORENG
1) Sediakan kuali atau periuk untuk menggoreng ayam. Masukkan minyak penuh
2) Letak sudip di bahagian tengah kuali untuk megelakkan hangit di bahagian tengah ayam. Boleh refer gambar2 di bawah.
3) Masukkan ayam dan goreng di setiap bahagian ayam lebih kurang 15 minit. Sambil2 jirus minyak panas di bahagian atas ayam.
4) Setelah masak, toskan minyak dalam keadaan ayam didirikan.
5) Boleh dipotong dan dihidangkan bersama nasi ayam.
Selmat mencuba. Sila tag saya sekiranya sudah cuba resepi ini. 😍😍
Dipersilakan share. 😍😍

Ayam yang telah dibersihkan. Seelok2nya ayam 1.2-1.5kg. Ayam sebelah kiri. Yang kanan tu terlebih gemuk.

Mandikan ayam dengan cara menyiram air campuran cuka+ maltose yang telah dididihkan.

Perbezaan warna ayam yang telah dimandikan dengan air cuka+ maltose dgn yang belum mandi tak tun tuang tak tun tuang. Warna ayam sedikit coklat.

Jemur ayam sekejap lebih kurang 15-20 minit.


5 mix herbs + perasa + garam

Gaul sekata

Ayam yang telah dijemur sebentar

Lumur di bahagian dalam ayam. Lumur RATA ya.

Jemur ayam di bawah matahari dalam 2 jam. Jangan risau lalat tak akan hinggap sebab ayam dah dimandikan dgn cuka.

Ayam yg sudah siap dijemur. Bila sentuh kulit, rasa kering dan tak melekat ya.

Panaskan minyak dan letak sudip di bahagian tengah kuali untuk mengelakkan ayam hangus.

Masukkan bila minyak sudah separuh panas.

Ayam yang sedang di goreng

Intai2 sikit bawah ayam.


Terbalikkan ayam.

Dudukan ayam. 😁😁 Sebab punggung tak kene minyak. Seelokknya guna kuali atau periuk yang sesuai ya 😌😌


Ok tos minyak.

Boleh cincang dan makan bersama nasi ayam. 😋😋

Crispy di luar dan juicy di dalam.




Walaupun goreng xlama, jgn risau. Bahagian dalam ayam tak mentah.

Comments