RESEPI NASI GORENG SARDIN


NASI GORENG SARDIN

Bahan:
  • Kacang panjang (dihiris kasar)
  • 1 tin sardin bersaiz kecil
  • Pes cili (cili boh/cili kering yang dikisar)
  • Garam secukup rasa
  • Kicap lemak manis
  • 1 biji telur
  • 4 cawan nasi
  • Bawang besar (dihiris bulat-bulat)
  • Bawang merah (ditumbuk)
Arahan:
  • Panaskan sedikit minyak untuk menumis, masukkan bawang merah, bawang besar dan pes cili. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan sadin yang telah dihancurkan sedikit bersama kacang panjang. Goreng sehingga masak.
  • Pecahkan telur. Biarkan telur masak seketika (pastikan telur digireng elok takut hanyir nasi goreng anda nanti)
  • Gaul sardin dengan rapi, masukkan nasi.
  • Curahkan sedikit kicp lemak manis dan secubit garam untuk penambah perasa.

Comments