RESEPI SANDWICH ROTI PITA


SANDWICH ROTI PITA

BAHAN-BAHAN :
  • * Roti Pita ( 4 keping )
  • * Mayonis 
  • * Salad bulat ( saya guna salad daun, sbb itu jer yg ada.. )
BAHAN INTI :
  • * Sedikit minyak zaitun ( untuk menumis )
  • * 4 ulas bawang putih ( mayang halus ) 
  • * 1 biji bawang besar ( potong dadu )
  • * Daging burger ayam square ( dibakar terlebih dahulu dan potong dadu )
  • ( boleh ganti dengan dada ayam, kena perap terlebih dahulu...)
  • * Sosej ( hiris memanjang nipis-nipis )
  • * Lada benggala ( potong panjang )
  • * Tomato ( potong dadu )
  • * Lemon ( ambil jus )
  • * sedikit garam
  • * Pasli / oregano ( kering )
  • * lada hitam
CARA :
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu
- Masukkan sosej biarkan hingga masak..
- Masukkan daging burger ayam, lada benggala dan biarkan 2 minit.
- Kemudian masukkan tomato, oregano, garam, lada hitam.
- Gaul sebati dan angkat.
ROTI PITA
- Keluarkan roti dari plastik pembalut. Roti tu boleh dibakar dalam oven, tapi saya guna pemanggan biasa jer. Sebelum dipanggang, renjiskan air, panggang selama 1 minit di setiap permukaan roti.
- potong roti kepada 2 bahagian. sapukan mayonis pada bahagian dalam roti, masukkan daun salad dan inti.
*** senangkan..! sesuai utk sarapan pagi sebab ringkas dan cepat... SELAMAT MENCUBA

Comments