RESEPI SARDIN MASAK HALIA


SARDIN MASAK HALIA

Bahan:
  • 1 tin sardin bersaiz besar (asingkan sos)
  • 4 batang cili masak (dibelah dua secara memanjang tanpa perlu membuang bijinya)
  • 1 inci halia (dihiris halus-halus)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak untuk menggoreng
  • Garam dan Ajinomoto secukup rasa
Arahan:
  • Panaskan minyak untuk menggoreng ikan sardin sehingga garing. Hati-hati kerana minyak akan meletup. Setelah selesai, alihkan ikan tadi.
  • Dengan menggunakan kuali dan sisa minyak gorengan ikan, tumiskan bahan hirisan sehingga wangi. 
  • Tuangkan sos tomato sardin serta cili dan air asam jawa sesedap rasa. Masak sehingga sebati.
  • kacau perlahan supaya sardin tidak hancur. Masukkan secubit garam dan ajinomoto untuk perasa.

Comments