Resepi Telur Rebus Goreng Masak Merah


Telur Rebus Goreng Masak Merah

bahan-bahan :
  • 5 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
  • 1 cawan santan pekat / susu cair
  • 1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sm halia (dikisar)
  • 1 sm lengkuas (dkisar) - optional
  • 1 senduk cili giling (-/+)
  • 1 sudu besar puri tomato / sos tomato
  • sedikit sos cili
  • sedikit kicap
  • sedikit sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
  • Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  • Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api.
  • Masukkan telur dan gaulkan.
  • Bolehlah dihidangkan bersama nasi.

Comments