RESEPI AYAM PHAT PHET


AYAM PHAT PHET
[ unclenublikumz ]

Bahan bahan :
Ayam
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
Garam
Gula

Bahan kisar :
5 biji cili padi
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-cara :

Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan secawan air.

Masukkan serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula. Gaul sekali sekala hingga ayam masak. Jika suka berkuah, boleh tambah air. Siap.

Comments