RESEPI DAGING GORENG KICAP PEDAS LAZAT

RESEPI DAGING GORENG KICAP PEDAS LAZAT
.
Haa..sape suka daging? cuti ni jom buat..sedappp..Jangan lupa LIKE page ni utk mendapatkan resepi terbaik 🙂
.
Bahan2:
1kg daging batang pinang - di bersihkan, kemudian dipotong nipis2 ( tapi kepingan lebar2 ye)
.
Kemudian daging yg telah siap di potong di garamkan sedikit & dikunyitkan sekata..seterusnya digoreng hingga garing.. angkat dan toskan.. ketepikan
.
Bahan2 tumbuk atau kisar:
.
1 inci halia
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
.
Bahan2 lain: 
5 sudu besar cili blend
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos seafood adabi
3 sudu besar sos tomato
1 biji bawang holland- potong gegelang
11 biji cili akar - kerat 2
Garam & gula secukup rasa
Aji- optional
Minyak masak secukupnya
.
Cara2:
.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali...tumis bahan2 kisar bersama cili kisar hingga ianya garing...
.
- bila dah garing masukkan semua sos, kicap, garam & gula serta aji (sekiranya anda guna aji).. kacau sekata..
.
- selepas 2 - 3 minit masukkan daging yg telah digoreng bersama bawang holland & cili akar.. kacau hingga sayur kacang panjang kelihatan telah empuk.. rasa.. kalau dah cukup rasa.. tutup api.. siap..👏🏻😊
.
# Kalau nk SHARE tolong komen SHARE supaya post ni xtenggalam dan org lain boleh SHARE resepi ni..tq 🙂
.
Kredit resepi ini kpd FB Adnilsam Apat

Comments