Resepi Energy Booster - mengatasi KELESUAN

Bahannya ialah cuma limau kasturi. Iya, cuma limau kasturi, sudahlah murah, mudah pula nak cari.

Belah dan buang biji. Blend halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis. Tak mahu tapis pun tak apa.

Nak lagi sedap, tambah sedikit madu asli. Tak ada pun tak apa. No problem.


Masukkan dalam bekas kiub (mold) kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.


Setiap kali kita nak minum, cuma ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun dah ditapis masih banyak serat didalamnya. Sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.


Setiap pagi sebelum subuh Kak Eli akan ambil satu kiub dan curah air panas kedalam cawan. Biarkan. Siap solat, air tadi dah sedikit suam jadi boleh terus minum. Jangan tambah gula ya.

Aroma kasturi yang memenuhi ruang akan menghidupkan rasa nyaman. Melayan hening subuh rasa sangat bahagia dan tenang.

Boleh ulang secawan lagi waktu tengahari atau malam. Wajib cuba dan kita akan rasa perbezaan pada tubuh. Rasa sangat segar dan energetik, kurang rasa sakit badan (maklumlah penuaan - menangis)

Ayuh kita share dan buat.

kredit: Suhaili Baharudin

Comments