RESEPI LASAGNA DAGING

PEMINAT2 LASAGNA ....RESEPI LASAGNA DAGING MUDAH.... ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Hujung minggu aritu teringin nak makan lasagna. Buat jela sendiri nnt ramai blh rasa. Resepi ikut selera tekak.hihihi menjadi. Tp saya guna roti gardinea. Resepi seperti tertera dibawah ye...

Bhn inti :
Daging kisar (1paket 400g) kt guna brnd ramli burger
Sos prego spageti (1 tin)
Sos cili- kt tmbh sbb nk rasa pedas
Bawang besar 1biji -cincang
Bawang putih 5ulas-cincang
Serbuk lada itam
Garam

Tumis bwg besar dgn bwg putih smpi naik bau
Masukkan daging kisar. Masak smpi empuk. Blh masukkan sikit air spy cpt masak.
Masukkan sos prego,sos cili. Kacau.
Perasakan dgn garam n serbuk lada itam.
Siap dn ketepikan..

Cara buat sos putih:
5susu besar butter
3sudu tpg gandum
500ml fress milk
2kpg cheasdale

Cara masak:
Cairkan butter. Masukkan tepung gandum.kacau jgn smpi berketul. Guna api perlahan
Masukkan susu n cheasdale. Kacau sebati n cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.
Lasagna @ roti gardernia..
Klu guna lasagna kene celup dgn air panas sekejap. Pastu susun dlm loyang
Klu guna roti,gelek roti bg nipis dan celup dgn susu fressmilk. Susun dlm loyang.
Susun selang seli. Lasagna,inti,sos putih.. buat berlapis.. lapisan atas skali biar sos putih.. tabur dgn mozarela cheese. Lg byk lg sedap.
Bakar pd suhu 150'C dlm 30-40 minit @ smpi bhgn atas perang2..siap utk makan.

Kredit resepi: Wahida Zakaria

Comments