resepi raya: RENDANG AYAM KERISIK IDASHAHIDA

RENDANG AYAM KERISIK .

didalam resepi inii saya masukkan santan ,kerisek, cili kering, serbuk rempah, jintan putih dan lada putih sebagai penambah rasa dan membangkitkan rempah rempah yg terpilih!! rasa nya Masyaalah' sedap sangat sangat....cubalah buat!! mesti tak cukup seekor ayam.

RESEPINYA RENDANG AYAM KERISIK

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam besar
  • 3 batang serai, diketuk
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 helai daun salam @ 3 helai daun bay kering
  • 2 camca besar gula merah
  • 2 camca besar gula putih kerisik
  • 3/4 cawan santan
  • 2 kotak @ rm5 @ 2 biji
  • Garam secukup rasa
  • kiub ayam 1 @ serbuk perasa (jika suka)


bahan kisaran

  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 3 biji cili merah @ besar
  • 10 biji cili padi merah
  • 5 biji cili kering
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 1 camca teh serbuk jintan manis
  • 1/2 camca teh serbuk jintan putih
  • 1/2 camca serbuk lada putih
  • 2 inci kunyit hidup @ 1 camca serbuk kunyit
  • air untuk kisar


CARA MEMBUATNYA

  • Ayam cuci bersih dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali,
  • tumis bahan kisar hingga harum,
  • masukkan serai dan daun salam @ bay leaf,
  • kacau rata dan
  • masukkan ayam.
  • Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  • Biar mendidih.
  • Masukkan asam gelugor dan juga gula merah , gula putih serta garam.
  • Masak dengan api sederhana.
  • biar mendidih.
  • masukkan santan. kacau kacau.
  • bila ayam dah nampak masak cantik dan sedikit pecah pecah...masukkan kerisik. gaul sebati. kacau hingga kering. kena selalu kacau sebab mudah hangus.
  • Rasa dan jika perlu tambah apa yg kurang ikut sedap rasa.. Masak lg sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan......



Saya sedekahkan resepi rendang rendang saya kepada semua orang yang mendapat status ini.saya halalkan dunia akhirat. Khas saya hebahkan status ini untuk kita menyambut aidilfitri nanti.Sila klik link dibawah ini dan klik LIKE' kat sana..dengan itu bermakna otomatik anda sudah dapat bersama saya setiap hari!! jangan lepaskan peluang ini!!
https://m.facebook.com/idashahidazulaikha?ref=bookmarks

Comments