RESEPI RAYA : RENDANG SERAI LENGKUAS IDASHAHIDA

Saya sedekahkan resepi rendang rendang saya kepada semua orang yang mendapat status ini.saya halalkan dunia akhirat. Khas saya hebahkan status ini untuk kita menyambut aidilfitri nanti.

SELAMAT HARI RAYA DARI SAYA IDASHAHIDA

Istimewa dari idashahida
KOLEKSI RENDANG SAYA

Info penting:
RENDANG DAGING KALAU TERUS DIBUAT RENDANG MEMANG KERAS WALAU DIMASAK LAMA.
Jadi kalau nak lembut mesti kena rebus dahulu .tapi kalau potong kecil kecil tak perlu direbus terdahulu.

Cara merebus: Air diisi melepasi daging. Masukkan garam.
Rebuslah sehingga tinggal 1/4 air sahaja. Dah direbus baru potong sebesar 4 jari dan tebal.
Stok air daging tadi kita akan guna semula iaitu masukkan kedalam kuah rendang semasa rendang sedang mendidih.
Kalau rebus daging dahulu masak rendang 1 1/2 jam pun dah sedap rasanya.

SILA LAYARI FANPAGE SAYA UNTUK INFO INFO KEWANITAAN, petua petua penyakit , hal ehwal islam DAN RESEPI RESEPI MASAKAN SAYA SETERUSNYA...salam ukhwah dari saya IDASHAHIDA
sila klik link dibawah ini dan klik LIKE' kat sana..dengan itu bermakna otomatik anda sudah dapat bersama saya setiap hari!! jangan lepaskan peluang ini!!
https://m.facebook.com/idashahidazulaikha?ref=bookmarks

RENDANG SERAI LENGKUAS IDASHAHIDA


saya baru lepas buat rendang ayam style saya.rendang ni sangat sangat sedap untuk dimakan dengan nasi, ketupat dan lemang.

saya masukkan daun kunyit sama untuk menambahkan selera dan kesedapannya.

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ayam sederhana besar- / ( daging 2kg daging sebaiknya direbus dahulu sampai lembut sebab keras. Kalau guna ayam Jng potong terlalu kecil sebab nanti isi ayam akan hancur.
  • Serai 20 batang*
  • Bawang putih 1 labu*
  • Bawang merah 20 biji*
  • Halia 1 jengkal jari*
  • Lengkuas 3/4 jengkal jari*
  • Cili kering kisar sendiri 6 sudu penuh Santan kotak 500ml( dibahagi 2)
  • Kerisik 3 sudu
  • Garam 1 sudu
  • Gula 4 sudu
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Serbuk ketumbar 1 sudu
  • Serbuk Jintan manis 1 sudu
  • Serbuk Jintan putih 1/2 sudu
  • Serbuk Lada putih 1/2 sudu
  • Rempah 4 sekawan( kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkeh) ( kalau guna yang biji anda boleh kisar Tapi kisar asing)
  • Daun kunyit 10 lembar dihiris halus


CARA-CARA

Letak kuali yg besar atas dapor. Buka api:-

  • Masukkan ayam
  • bahan bahan kisar
  • serbuk kunyit
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Lada putih
  • Ketumbar
  • Cili kisar
  • Garam
  • Gula
  • Rempah 4 sekawan
  • Kacau dan sebatikan semuanya.
  • Terus balik balikkan sampai ayam keluar air.


selepas 10 minit

  • masukkan santan setengah kotak(250ml)
  • Gula
  • Garam
  • Kiub ayam/ serbuk perasa
  • kacau lagi sebab nak elak berkerak dibawah.


Agak dalam15 minit dikacau

  • masukkan santan lagi separuh tadi (250ml).
  • Waktu ini anda boleh rasa sikit apa yg kurang boleh tambah ikut selera anda.kacau lg dalam 20 minit.
  • Terus kacau sampai kuah agak pekat anda masukkan kerisik.kacau lg selama 10 minit. ( bila dah nampak kuah mulai pekat waktu ini anda mesti keluarkan ketulan ketulan ayam tersebut sebab nak elakkan isi ayam jadi pecah atau hancur( masukkan isi ayam sahaja kedalam mangkuk).


  • Kuahnya biarkan didalam kuali dan masukkan daun kunyit yang kita potong kecil kecil tadi.
  • Kacau dan balikkan selama 5 minit.
  • Lepastu anda masukkan isi ayam tadi semula dalam kuali dan sebatikan semuanya dengan kuah yang dicampur daun kunyit tadi.

  • Dalam 5 minit lepas dikacau tutup api.
  • Sebab biar daun kunyit tu masih nampak segar lg dan masih bewarna hijau.


Kuahnya dah kering seperti mana yang anda kehendaki boleh pindahkan kedalam periuk dan tudung.
Dah siap.

Comments