RESEPI RENDANG DAGING

Resepi rendang daging

2 kg daging
6 biji bawang sederhana besar
8 ulas bawang putih
Sebesar 2 jari halia
Sebesar 2 jari kunyit hidup
Sedikit lengkuas
6 batang serai
Cili kering blend lebih kurang 2 senduk
Santan kotak 500ml
Kerisik

Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, kunyit hidup dan serai diblend. Masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering blend. Lps tu daging. Kacau supaya bahan blend semua rata dengan daging Masukkan santan. Kacau lagi. Masak rendang daging api jangan kuat...sederhana je. Bila dah hampir nak kering masuk kerisik dan daun kunyit hiris, daun limau purut, asam keping. Jgn lupa garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Opah guna gula melaka dan sedikit gula pasir.

credit : Norsiah Zakaria‎
#mahn

Comments