Resepi Sotong Bakar Bersambal


Resepi Sotong Bakar Bersambal

Bahan-bahannya:
  • Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali)
  • 15 tangkai lada kering - perlu dikisar
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air asam jawa -secukupnya
  • garam dan gula
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara memasaknya:
  • Permulaannya sotong perlu dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
  • Kemudian untuk membuat sambal, anda kisar semua bahan (lada kering,cili merah, semua bawang, buah keras dan serai)
  • Selepas itu anda masukkan sos tiram dan air asam jawa.
  • Kemudian masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak..Adun semuanya hingga sebati untuk dijadikan sambal 
  • Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
  • Masaklah lebih kurang 5-7 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.
Selamat mencuba

Comments