Resepi Tauhu Begedil Cik Ain



Resepi : Tauhu Begedil Cik Ain Siapa yang dah lama tunggu resepi ni? Ni ha Cik Ain bagi resepi :) == Bahan-bahan == Bahan inti 2 biji kentang 1 keping daging kisar 1/2 batang carrot Setangkai daun sup 1 kiub ayam 3 tbsp bawang goreng 1 biji bawang besar Sedikit seasoning Bahan sambal kicap 1/2 cawan kicap manis 10 btg cili padi 5 ulas bawang putih 3 tbsp gula 1 1/2 tbsp garam 6 biji air limau kasturi Bahan lain Tauhu goreng Telur Tepung jagung == Cara-cara == Rebus kentang terlebih dahulu. Kemudian satukan kesemua bahan inti ke dalam food processor dan kisar halus. Sumbatkan inti ke dalam tauhu goreng. Celupkan tauhu ke dalam telur dan golekkan dengan tepung jagung. Goreng garing. Untuk buat sambal, satukan kesemua bahan dan kisar. Perasakan ikut selera. Tauhu begedil sedia dimakan bersama sambal kicap

Comments