Resepi Sotong Kukus Thai / Thai Steamed Calamari


Sotong Kukus Thai / Thai Steamed Calamari

Bahan-bahan (Ingredient)

  • 1/2kg sotong (4-5 ekor)
  • 1 batang serai - hiris halus
  • 4 hiris lengkuas
  • 4 ulas bawang putih - hiris
  • 1 tangkai daun ketumbar bersama akar
  • 2 helai daun limau purut

Sos
Bahan-bahan (Ingredient)

  • 6 tangkai cili padi merah dan hijau - hiris
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 2 1/2 sudu besar sos ikan
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 ulas bawang putih - hiris

Penyediaan :
  • Kelar sotong tapi jangan sampai putus. Masukkan ke dalam bekas bersama serai, lengkuas, bawang putih, akar daun ketumbar dan limau purut.
  • Kukus hingga masak. Angkat dan keluarkan airnya.
  • Susun ke dalam pinggan.
  • Satukan semua bahan sos, kacau rata. Tuang ke atas sotong kukus tadi.
  • Tabur dengan hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis.

Comments