RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan bahan Ayam goreng berempah ni simple je! Semua takde sukatan. Agak agak je ni! 

Ayam
Serbuk Kari Daging
Serbuk Cili
Kunyit
Garam
Daun Kari
Serai (Lagi Banyak Lagi Sedap!) *
Halia *
Bawang Putih *
Bawang besar 

Blend semua bahan yang bertanda *

Blend jangan hancur sangat. Agak agak serai tu berambut ok dah. Tips bagi serai tu berambut masa potong jangan pendek pendek. Potong panjang seruas pon cantik dah

Cara masaknya senang saja

1.Basuh ayam & tos

2. Letak kunyit, serbuk kari daging , serbuk cili , garam. Agak agak macam kita garam kunyit ikan tu. Gaul rata

3. Pastu baru masuk bahan blend & daun kari tadi . Perap kejap. 

4. Tunggu minyak panas dah boleh goreng . Api sederhana besar, jangan besar sangat, nanti ayam tak masak dalam & serdak hangus.

Dah siap boleh makan dengan nasi kukus ke nasi ayam ke. Buat menu bulan puasa sesuai sangat

Credit : Nur Asli
#mahn





Comments