RESEPI NASI IMPIT KUAH KACANG DAN SAMBAL KELAPA

..RESEPI NASI IMPIT KUAH KACANG DAN SAMBAL KELAPA..

-RESIPI NASI IMPIT-

RESIPI (1)..
** Rebus nasi impit segera dengan air secukupnya sehingga masak sempurna kemudian sejukkan.
** Dah sejuk, bolehlah dipotong ikut citarasa.

RESIPI (2)..
** Tebuk plastik tahan panas dgn garfu atau lidi cucuk satey.
** Basuh beras dan toskan airnya.
** Masukkan beras 1/3 ke dalam plastik yang telah siap dicucuk tadi.
** Kemaskan plastik dengan menggunakan lilin atau stepler. 
** Rebus dalam periuk hingga masak sempurna.
** Angkat dan sejukkan.

RESIPI (3)..
** Basuh beras dan masak nasi dalam periuk. 
** Sukatan air dan beras adalah seperti berikut :
 - 1 pot beras = 3 pot air 
 - 3 pot beras = 10 pot air 
** Alas plastik ke dalam loyang atau talam.
** Masukkan nasi yang telah siap  dimasak tadi.
** Tekan2 dengan tangan/senduk dll supaya padat dan rata. 
** Biarkan sejuk sebelum dipotong. 

-RESIPI KUAH KACANG-

BAHAN..
1/2 kg kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan dikisar kering (tanpa air)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
15 tangkai cili kering
3 keping gula melaka/nisan
6 sudu besar gula
5 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa
1 liter santan
1/2 cawan minyak masak

CARA..
** Goreng kacang tanah tanpa menggunakan minyak sehingga rapuh, sejukkan seketika. 
** Buang kulitnya, kemudian kisar atau blender kering kacang tadi.
** Potong cili kering dan rebus dengan sedikit air.
** Kisar bawang besar, bawang putih , bawang merah, cili kering dan halia.
** Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar atau blender tadi dan masukkan juga serai yg telah di ketuk. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
** Masukkan santan dan kacang, kacau seketika.
** Kemudian masukkan gula melaka/nisan, gula, garam, dan asam keping.
** Rasa sedikit kuah kacang, jika kurang manis atau masin, tambahkan gula atau garam secukup rasa.
** Masak hingga terbit minyak dan kuah agak pekat sikit, kemudian tutup api.
** Sedia untuk dihidangkan.

-RESIPI SAMBAL KELAPA-

BAHAN..
2 ekor ikan sardin (selayang)segar/ ikan kembung/selar
2 biji kelapa
7 ulas bawang merah
1/2 inci halia 
1 batang serai - racik halus
2 keping gula melaka/nisan
1 sb gula 

CARA..
** Siang, bersih dan toskan ikan.
** Masukkan ikan ke dalam periuk, kemudian masukkan air sehingga ikan tenggelam.
** Masukkan 2 atau 3 keping asam keping dan sesudu garam. Biarkan ikan direbus dalam masa lima minit.
** Goreng kelapa tanpa menggunakan minyak dengan api perlahan sehingga keperangan dan garing. 
** Tumbuk kelapa yang telah digoreng sehingga sedikit lumat.
** Tumbuk bawang merah dan halia sehingga lumat.
** Kemudian masukkan gula melaka/nisan, tumbuk lagi sehingga sebati dan sedikit berair, kemudian masukkan sedikit gula dan satu sudu teh garam. 
** Apabila gula telah hancur dan sebati, masukkan isi ikan rebus dan tumbuk sekali lagi sehingga sebati.
** Seterusnya bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi digaul dengan kelapa goreng yang telah ditumbuk sehingga sedikit lumat. Gaul sehingga sebati.
** Adunan ini kemudian ditumbuk sekali bagi memastikan rencah bawang dan isi ikan betul-betul sebati. 
** Pastikan anda menggunakan sudu semasa proses mengalihkan atau menggaul bahan-bahan yang ditumbuk ini bagi memastikan ianya tahan lebih lama.
** Sambal kelapa siap untuk dihidang bersama nasi impit dan kuah kacang.

Comments