Resepi Lemang Kukus tin air gas



Ni namanya lemang kukus tin air gas. Ya lah zaman skrg mana nak cekau buluh. Semua perlu cepat. Ok kita guna apa2 aje yg ada. Dari buang gitew jew tin2 kosong ni. Maka terjadilah lemang yg sgt santeek, tanpa hangit, tanpa mentah, tanpa cacat😀 Selamat hari raya.
Bahan2nya
  • 1 kilo pulut, rendam 1/2 jam. 
  • (Dapat 8 btg lemang tin)
  • 1 liter santan sederhana pekat.
  • 2 sudu kecil garam, 
  • 2 sudu gula (kalau suka rasa sedikit manis, tak letak pun tak pe)

Caranya.
Letak daun pisang bentuk bulat dibahagian bawah dlm tin utk tapak lemang supaya mudah kuarkan lemang dari tin. Letak gulungan daun pisang dlm tin.
Toskan pulut yg telah direndam.
Letak pulut dlm tin, tinggalkan seinci bahagian atas.
Masukkan santan yg tlh dimasukkan gula dan garam.
Santan separas pulut.
Susun aturkan tin berisi pulut dlm periuk letrik atau noxxa.
Saya guna noxxa.
Isikan air sedlm 2 inci. HP 20 minit. Lps 20 minit Jgn buka penutup , biarkan sehingga sejuk. Baru kuarkan dari periuk.
Kalau periuk letrik letakkan 3 inci air, kukus selama 30 minit.
Tapi sentiasa pastikan air tidak kering.
Sejukkan semlman, esok lemang dah boleh potong
kredit: hana rahman

Comments