RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN KEMBUNG@ TEMENUNG

SAMBAL TUMIS IKAN KEMBUNG@ TEMENUNG
BAHAN-BAHAN 
  • 4 ekor ikan kembung- Bersihkan, kelar dan letak garam dan kunyit
  • 3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar)
  • 2biji bawang besar-potong besar
  • Air asam jawa
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukupnya 
  • Minyak masak utk mengoreng dan menumis

CARA-CARA MEMBUATNYA
- Ikan kembung di goreng sampai masak. Letak tepi.
- Panaskan minyak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing.
-Tumis cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan garing.
-Setelah cili masak, masukkan gula. Kacau rata supaya sambal berkilat dan bwarna merah cantik sebelum dimasukkan ikan...
-Masukkan air asam jawa,air sedikit dan garam... Oleh kerana ikan telah masak, masakkan ikan seketika sahaja. Kacau sehingga sambal pecah minyak.
-Akhir sekali, masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah tutup api.
-Angkat dan hidangkan dgn nasi putih.
Credit : Juma Natull
#mahn

Comments