Bahan-bahan
1. Sekilo santan (digunakan untuk mengisar bawang, ikan dan juga sebagai kuah)
2. Sekilo ikan direbus dengan sedikit garam
3. 10 ulas bawang merah
4. 5 ulas bawang putih
5. Halia
5. selabu bawang besar kuning
6. garam dan gula
7. asam keping mengikut citarasa anda
8. serbuk lada hitam
Cara memasak
1. Semua jenis bawang dan halia dihiris kasar dan diblender dengan santan.Kisar hingga betul-betul lumat dan halus.
2. Ikan rebus dibuang tulang dan diambil isi sahaja. Kisar isi ikan dengan santan juga. Kisar hingga betul-betul lumat dan halus.
3. Satukan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk. Kemudian, masukkan lagi lebihan santan baki dari yang dikisar tu. Kacau sekata tanpa dihidupkan api terlebih dahulu.
4. Selepas sekata, barulah dipanaskan periuk tadi. Kacau dengan kerap. Jangan tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul. Masukkan garam, asam gelugor / asam keping, gula dan serbuk lada hitam.
5. Selepas rasa sebati dan kuah telah mendidih, matikanlah api dan sedia dihidangkan. Jangan dibiarkan lama mendidih. Nanti pecah minyak tak best..
6. Rebus laksa atau buat sendiri.
Siap!
Comments
Post a Comment