RESEPI KERABU PUCUK PAKU KAMPUNG


 Bahan-Bahan


2 ikat pucuk paku.
1 biji santan bahagi dua ; separuh goreng separuh ambil santan.
4 ulas bawang merah
Sesudu kecil lada hitam
3 ekor ikan selayang rebus
1/2 sudu makan garam
1 1/2 sudu makan gula
Sedikit air untuk merebus pucuk paku

Cara penyediaannya

1. Panaskan air sehingga mendidih. Bilaendidih baru masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan.

2. Kelapa bahagikan dua. Separuh blendarkan dengan segelas air masak. Separuh lagi goreng tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.

Tips goreng: bila pegang ia rasa rangup dan senang nak hancurkan.

3. Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan.

4. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahaj perasa garam dan gula.

5. Boleh masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tu agak agak ye. Bukan semua dimasukkan. Ikut selera memasing. Just nice nak bagi basah sikit sikit.

Dah siap!


Cdt bahiah sarifuddin 

Comments