RESEPI ASAM PEDAS PARI Chef Danial


Bahan-Bahan:
  • Cili kering segenggam
  • Bawang besar 3 ke 4 biji
  • Bawang putih 4 biji
  • Halia 2 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Lengkuas 1 inci
  • Blend semua

Cara-Cara:
  • Tumis dulu sesudu halba baru masukkan bahan blend.
  • Masuk kan sekali serai 3 batang, daum limau purut 3 4 helai. Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan ikan gaul sekejap.
  • Masukkan air asam jawa. Cair kan atau pekat kan air asam jawa ikut nak pekat ke nak cair asam pedas tu.
  • Masukkan daun kesom banyak2, bunga kantan sekuntum belah dua.
  • Perasakan siap
  • Asam pedas ni kalau nak bagi pekat. Bahan blend tu kena sama banyak dengan ikan. Contoh kalau ikan tu dalam semangkuk. Bahan blend pun semangkuk. Lepas tu air asam jawa tu pun pekat kan.
  • Jangan ikan sekilo bahan blend secoet je. Mana nak sedap. Selamat mencoba

Comments