RESEPI GULAI IKAN TONGKOL (AYE) KELANTAN

 Gulai Ike Ayo Kunyit Kuah



BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ikan tongkol (aye) direbus dengan garam dan asam keping
  • 7 biji bawang merah#
  • 1 inci lengkuas#
  • 1 inci kunyit hidup#
  • cili api skit optional#
  • 1 sudu cili kering#
  • 1@2 Asam keping
CARA-CARA:
  • Bahan bertanda # semuanya diblend
  • tumis ngan sedikit minyak...smpai garing
  • masukkan santan pekat
  • masukan sekali air rebusan ikan td.
  • kacau sentiasa sampai mendidih
  • masukkan ikan tongkol
  • kalau suka boleh letak timun batang, kacang panjang.
  • Masukkan cili.
  • masak hingga menggelegak
  • kalau suka pekat boleh masak api slow sampai gulai pekat.
  • Perasakan dengan garam, aji kalau suka, gula atau nisse ikut selera masing²
  • kalau sy asam keping x masukkn dah sebab sy letak air rebusan ikan jadi dh masam.
  • siap
Sumber : Kasmini Abdulghani

Comments