RESEPI IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1/2 biji nenas
  • Kangkung
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 biji limau nipis
  • Garam
  • Gula

Bahan kisar:
  • 2 tangkai cili merah
  • 8 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar - sederhana besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 inci kunyit hidup
Cara-cara:
  • Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
  • Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
  • Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
  • Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.
*** Kredit Resepi : emila nadia, asal dari blog azie kitchen. TQ

Comments